Berlalunya setahun jagung sejak musim lalu, Upin dan Ipin sudah bersekolah di Tadika Mesra. Banyak juga kawan baru tetapi mereka masih bernakal lagi. Fizi dan Upin menarungkan labah-labah belaan mereka di kelas sebelum pelajaran bermula. Sewaktu belahar, Cikgu Jasmin mengingatkan ketibaan Ramadan, lalu Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan pengalaman berpuasa mereka.
Upin dan Ipin teruja dan ingin tahu bila bermulanya Ramadan, maka mereka bertanya kepada Kak Ros, maka Kak Ros menerangkan mereka bahawa Ramadan bermula sebaik anak bulan kelihatan. Dengan rasa kagum akan pengetahuan baru ini, adik-beradik itu pun berjaga untuk mencari anak bulan malam itu, tetapi memanglah rancangan mereka tidak menjadi.
Upin dan Ipin bertanya kepada neneknya mengapa Cikgu Yasmin tidak berpuasa. Kak Ros menjawab pertanyaan adik-adiknya itu dengan berkata bahawa perempuan diberi cuti oleh Allah kerana Allah sayangkan perempuan. Upin dan Ipin masih tidak percaya. Petang itu, neneknya memberi bekal untuk Upin dan Ipin beri kepada Tok Dalang. Upin bertanya kenapa; Neneknya menjawab bahawa itu adalah adat.
Kak Ros membawa Upin & Ipin ke Pasar Ramadan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Kak Ros memberikan duit kepada adik-beradik kembar itu untuk membeli satu barang sahaja, tetapi mereka terlebih beli ayam goreng sehingga cukup untuk memenuhi meja makan, sehingga setibanya waktu makan, mereka tidak terdaya untuk menghabiskan semua ayam yang dibeli mereka itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan